Akaun hirafootballacademy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SUMBANGAN BAGI KEJOHANAN JEMPUTAN DI BALI INDONESIA

SUMBANGAN BAGI KEJOHANAN JEMPUTAN DI BALI INDONESIA

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEJOHANAN JEMPUTAN DI BALI INDONESIA


Hira' Football Academy (Hira' FA) merupakan akademi bola sepak yang berlatih di padang Setia Wawasan, Setia Alam, Selangor. Pada tahun 2022, Hira' FA telah mempunyai pemain dari kategori umur 6 tahun sehingga 16 tahun. Latihan bagi pemain 13 tahun sehingga 16 tahun ialah pada hari Rabu & Khamis jam 8:30 - 10:00 malam manakala bagi pemain 6 sehingga 12 tahun pada hari Jumaat jam 8:30 - 10:00 malam dan hari Sabtu jam 5:30 - 7:00 petang.


SEJARAH PENUBUHAN



Di awal penubuhan pada tahun 2014 penyertaan hanya dibuka untuk murid Sek. Ren. Islam Hira', Batu Belah Klang untuk berlatih bagi memberikan persaingan yang hebat kepada sekolah-sekolah kerajaan sekitar daerah Klang. Kemudian pada tahun 2020, penyertaan telah dibuka kepada pemain dari sekolah-sekolah lain dengan tujuan untuk membantu lebih ramai pemain di peringkat akar umbi. Hira' FA juga ada membuat profil penuh akademi dan boleh lihat melalui link ini https://anyflip.com/pzfhs/zjsc/basic .





PENYERTAAN KE KEJOHANAN ANTARABANGSA


Pada tahun 2018, Hira' FA telah menyertai kejohanan luar negara buat kali pertama iaitu BSS International Tournament di Thailand dengan menghantar satu pasukan bawah 10 tahun sahaja. Pencapaian di kejohanan itu hanyalah berjaya sehingga ke suku akhir kategori Plate. Seterusnya pada tahun 2019 yang merupakan penyertaan ke 2 dan kali ini di Indonesia yang mana 2 kategori telah dihantar iaitu bawah 10 & 12 tahun dalam kejohanan Jakarta 7 Soccer. Pasukan bawah 10 tahun berjaya merangkul Naib Johan kategori Plate manakala pasukan bawah 12 tahun telah merangkul Johan kategori Plate. Pada tahun 2022, Hira' FA telah menghantar 4 pasukan ke Thailand International Youth Cup di Chonburi, Thailand. Pada kejohanan ini, U7 telah mendapat Naib Johan Kategori Cup, U8 berjaya ke separuh akhir kategori Plate, U11 berjaya ke suku akhir kategori Cup dan U12 berjaya ke suku akhir kategori Cup.


Penyertaan kejohanan di luar negara adalah salah satu aktiviti Hira' FA yang telah ditakwimkan dan ingin menjadi akademi bola sepak akar umbi yang bergiat lebih aktif. Secara kesimpulannya, dengan keterlibatan Hira' FA dalam program pembangunan bola sepak akr umbi dapat meningkatkan lagi usaha yang sedang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan bola sepak di Malaysia terus maju. 











Salurkan sumbangan anda melalui:

Akaun : HIRA FA ENTERPRISE
No Akaun : 562843534811
(Maybank)
Reference: BARATI CUP